Sunday, October 9, 2011

Teater SeNaPas Mahu Bernafas Lagi!!!





Demi tanggungjawab dan kaseh sayang kami kepada para remaja, sekali lagi isu pembuangan bayi serta bersekedudukkan ini bakal menjelajah ke ipt-ipt serta ke sekolah-sekolah sekitar Lembah Klang.

Terima kaseh kami ucapkan kepada mereka yang hadir pada pementasan yang lepas, Sokongan kalian amat kami hargai.

Di sini kami paparkan video kata-kata jujur dari pementasan Teater SeNaPas yang lepas.

Monday, September 5, 2011

Teater Bawa Isu Pembuanagan Bayi - www.budiey.com/gua.com


Rumah Anak Teater dan Revolution Stage akan mementaskan teater yang berkisar mengenai kisah percintaan pasangan yang berasal dari latar belakang keberadaan yang berbeza dan tidak mendapat retu daripada keluarga. Selain itu, isu lain yang dibangkitkan ialah mengenai pembuangan bayi yang banyak berlaku di Negara kita sekarang ini.

Sejak lima tahun yang lalu, perangkaan yang diperolehi daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, terdapat 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi.

Mengikut perangkaan yang dilaporkan Bernama di Dewan Rakyat 7 April yang lalu, statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi tertinggi iaitu sebanyak 105 kes.

Selain Selangor, Johor mencatatkan 83 kes pembuangan bayi, Sabah (65), Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1).
Menurut Menteri Datuk Seri Senator Shahrizat Abdul Jalil,

Thursday, August 25, 2011

Video ProMo Teater SeNaPas - Lagu DEMI KITA (Kezor Nordin)


SUMBANGAN MINIMA: RM15

TENAGA PRODUKSI

Penerbit: Faisal Mustaffa
Pengarah: Khairunazwan Rodzy
Pelakon: Hasbollah & Aznah Mohamed
Terbitan Bersama: Rumah Anak Teater & Revolution Stage

TEMPAHAN:

SMS 0172002944

KETERANGAN LANJUT:
www.rumahanakteater.blogspot.com
www.revolution-stage.blogspot.com

Teater SeNaPas Temui Anda Di Syawal Ini - GUA.com


Rumah Anak Teater (RAT) yang seringkali mempersembahkan pementasan-pementasan kritis sejak penubuhannya empat tahun yang lalu, mereka berhibernasi untuk seketika bagi menghormati bulan Ramadhan.

Namun, sebaik sahaja Syawal tiba, mereka akan beraksi lagi melalui pementasan teater SeNaPas.

Ini bermakna di dalam bulan puasa ini, masa  RAT akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti berkarya melalui penulisan skrip.
 
Latihan ringan dua kali seminggu bagi SeNaPas ini sudah pun bermula dua bulan yang lalu dan latihan intensif akan dijalankan bermula hrai raya kelima.

‘Sejarah Nasib Lepas’ (‘SeNaPas’), Razak merupakan anak muda yang dikatakan berpendirian

Sunday, July 31, 2011

PangKal BerManfaaT.

Alhamdulillah, akhirnya pembikin-pembikin filem muda ini telah 'kembali ke PangKal jalan' yang penuh dengan manfaat ini. Revolution Stage ingin mengucap ribuan terima kaseh kepada pengarah-pengarah yang menyumbangkan filem pendek mereka untuk ditayangkan juga penonton-penonton yang hadir menyokong serta ikhlas berdiskusi dengan kami.

Wednesday, July 20, 2011

Tayangan.Filem.Pendek!!

REVOLUTION STAGE mempersembahkan
~ScReeN.StaGe.ProJecT~:Tayangan Filem Pendek:'PangKal'.


PENGENALAN
Panggung Akal (PangKal) adalah sebuah gerakkan bekas pelajar perfileman dan teater dari institusi-institusi pengajian tinggi dalam negara, serta penggiat filem muda tanahair yang bergerak secara bebas.


TUJUAN

Tujuan penubuhan 'PanGKal' adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin penggiat filem muda agar dapat bersama-sama berkongsi hasil karya dan pendapat bagi menggalakkan percambahan idea demi menyumbang ke arah kemajuan seni perfileman negara.


SENARAI FILEM PENDEK PANGKAL KALI PERTAMA
Kotak (18 minit)

Pengarah: Ariff Zulkarnain


Bebas (16 minit)
Pengarah: Aisyah Abbdullah

Sudu dan Garpu (15 minit)
Pengarah: Faiq Khalifa

Perempuan, Hantu dan Skandal (18 minit)
Pengarah: Ridhwan Saidi

TV (10 minit)
Pengarah: Aboi

Belon Biru (10 minit)
Pengarah: Al Hafiz Burhanuddin

Bandar Jahil (16minit)
Pengarah: Haris M.Nor

Tuesday, July 19, 2011

SeNaPas PerMulaAn UsaHaSaMa!!!

Teater dari ~MiNi.StaGe.ProJecT~ yang dikatakan akan menemui penonton di setiap IPT yang dikunjungi pada bulan september dan bulan-bulan seterusnya ini, akan menemui anda di stor DBP sebagai pemulaan persembahan kepada khalayak umum sebelum menjelajah ke setiap IPT di semenanjung yang ingin berkerjasama dengan REVOLUTION STAGE.

Pementasan di STOR DBP pada 15 hingga 18 september 2011 ini adalah atas usahasama RUMAH ANAK TEATER juga kerjasama rasmi DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA dengan REVOLUTION STAGE.

Diharapkan usahasama serta kerjasama ini dapat mengeratkan lagi penggiat serta khalayak kesenian teater dalam menjadikan industri kesenian ini sebagai wadah bagi perjuangan atas nama kebenaran. Gabungan ini bakal menghidupkan kembali nadi kesenian yang telah lama mati.

Moga-moga di persetujuan oleh ALLAH S.W.T.

Sunday, June 26, 2011

TyIcKooUnS yG BeLum SeleSai!!

Tahniah kepada semua yang menjayakan pementasan Teater TyIcKooUnS di DBP dari 21 hingga 29 Mei yang lepas. TyIcKooUnS mendapat maklum balas yang sangat memberasangkan dari setiap penonton yang hadir, segalanya atas kerja keras setiap ahli produksi yang menginginkan yang terbaik buat para penonton. Walaubagaimanapun, pihak REVOLUTION STAGE ingin memohon maaf atas segala kelemahan pihak kami, pihak kami juga akan tetap menunaikan segala janji kami dan harap semuanya mohon bersabar.

Saturday, June 25, 2011

Revolusi-Kan RevoLuTion StaGe!!!!

REVOLUTION STAGE telah melakukan rombakan secara besar-besaran bagi menjadikan sebuah tubuhan yang benar-benar dinamik dan ber'REVOLUSI' dalam membawa penafasan baru ke Industri Seni Malaysia. Segala kesukaran amatlah dikesali dan harap dimaafkan.
REVOLUTION STAGE telah mengalami perubahan besar antaranya Organisasi, Logo Syarikat, Perkhidmatan Syarikat, Strategi Perlaksanaan, Kalendar Perlaksanaan serta Matlamat Syarikat. Namun, Objektif terdahulu masih lagi dijadikan sasaran dan ianya menjadi fokus pada setiap projek yang bakal dijalankan - Platform Orang-Orang Muda Bercerita.
Harapan kami dari REVOLUTION STAGE semoga segala perancangan serta perubahan yang berlaku semasa rombakan yang lepas akan memberikan kesan yang baik dan berdinamik dalam bersama memacu Industri Seni Malaysia dan berharap pihak anda dapat mendoakan segala kejayaan buat kami.

Insyaallah. Mudah-mudahan Allah setuju. Alhamdulillah.
Assalamualaikum. :)