Sunday, June 26, 2011

TyIcKooUnS yG BeLum SeleSai!!

Tahniah kepada semua yang menjayakan pementasan Teater TyIcKooUnS di DBP dari 21 hingga 29 Mei yang lepas. TyIcKooUnS mendapat maklum balas yang sangat memberasangkan dari setiap penonton yang hadir, segalanya atas kerja keras setiap ahli produksi yang menginginkan yang terbaik buat para penonton. Walaubagaimanapun, pihak REVOLUTION STAGE ingin memohon maaf atas segala kelemahan pihak kami, pihak kami juga akan tetap menunaikan segala janji kami dan harap semuanya mohon bersabar.

Saturday, June 25, 2011

Revolusi-Kan RevoLuTion StaGe!!!!

REVOLUTION STAGE telah melakukan rombakan secara besar-besaran bagi menjadikan sebuah tubuhan yang benar-benar dinamik dan ber'REVOLUSI' dalam membawa penafasan baru ke Industri Seni Malaysia. Segala kesukaran amatlah dikesali dan harap dimaafkan.
REVOLUTION STAGE telah mengalami perubahan besar antaranya Organisasi, Logo Syarikat, Perkhidmatan Syarikat, Strategi Perlaksanaan, Kalendar Perlaksanaan serta Matlamat Syarikat. Namun, Objektif terdahulu masih lagi dijadikan sasaran dan ianya menjadi fokus pada setiap projek yang bakal dijalankan - Platform Orang-Orang Muda Bercerita.
Harapan kami dari REVOLUTION STAGE semoga segala perancangan serta perubahan yang berlaku semasa rombakan yang lepas akan memberikan kesan yang baik dan berdinamik dalam bersama memacu Industri Seni Malaysia dan berharap pihak anda dapat mendoakan segala kejayaan buat kami.

Insyaallah. Mudah-mudahan Allah setuju. Alhamdulillah.
Assalamualaikum. :)