Sunday, July 31, 2011

PangKal BerManfaaT.

Alhamdulillah, akhirnya pembikin-pembikin filem muda ini telah 'kembali ke PangKal jalan' yang penuh dengan manfaat ini. Revolution Stage ingin mengucap ribuan terima kaseh kepada pengarah-pengarah yang menyumbangkan filem pendek mereka untuk ditayangkan juga penonton-penonton yang hadir menyokong serta ikhlas berdiskusi dengan kami.

Wednesday, July 20, 2011

Tayangan.Filem.Pendek!!

REVOLUTION STAGE mempersembahkan
~ScReeN.StaGe.ProJecT~:Tayangan Filem Pendek:'PangKal'.


PENGENALAN
Panggung Akal (PangKal) adalah sebuah gerakkan bekas pelajar perfileman dan teater dari institusi-institusi pengajian tinggi dalam negara, serta penggiat filem muda tanahair yang bergerak secara bebas.


TUJUAN

Tujuan penubuhan 'PanGKal' adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin penggiat filem muda agar dapat bersama-sama berkongsi hasil karya dan pendapat bagi menggalakkan percambahan idea demi menyumbang ke arah kemajuan seni perfileman negara.


SENARAI FILEM PENDEK PANGKAL KALI PERTAMA
Kotak (18 minit)

Pengarah: Ariff Zulkarnain


Bebas (16 minit)
Pengarah: Aisyah Abbdullah

Sudu dan Garpu (15 minit)
Pengarah: Faiq Khalifa

Perempuan, Hantu dan Skandal (18 minit)
Pengarah: Ridhwan Saidi

TV (10 minit)
Pengarah: Aboi

Belon Biru (10 minit)
Pengarah: Al Hafiz Burhanuddin

Bandar Jahil (16minit)
Pengarah: Haris M.Nor

Tuesday, July 19, 2011

SeNaPas PerMulaAn UsaHaSaMa!!!

Teater dari ~MiNi.StaGe.ProJecT~ yang dikatakan akan menemui penonton di setiap IPT yang dikunjungi pada bulan september dan bulan-bulan seterusnya ini, akan menemui anda di stor DBP sebagai pemulaan persembahan kepada khalayak umum sebelum menjelajah ke setiap IPT di semenanjung yang ingin berkerjasama dengan REVOLUTION STAGE.

Pementasan di STOR DBP pada 15 hingga 18 september 2011 ini adalah atas usahasama RUMAH ANAK TEATER juga kerjasama rasmi DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA dengan REVOLUTION STAGE.

Diharapkan usahasama serta kerjasama ini dapat mengeratkan lagi penggiat serta khalayak kesenian teater dalam menjadikan industri kesenian ini sebagai wadah bagi perjuangan atas nama kebenaran. Gabungan ini bakal menghidupkan kembali nadi kesenian yang telah lama mati.

Moga-moga di persetujuan oleh ALLAH S.W.T.