Friday, January 27, 2012

RS First Time Workshop...Bengkel Asas Lakonan Teater FOC!!!!

Revolution Stage di bawah eduStage akan mengadakan bengkel lakonan secara PERCUMA. Hanya 10 orang peserta akan dipilih untuk menjalani bengkel selama sebulan bermula Februari 2012 ini. RS mengambil inisiatif ini untuk membuka peluang kepada bakat-bakat baru yang berminat dalam seni teater. Melalui bengkel ini pihak RS berharap bakat-bakat baru yang berilmu dan berkualiti dapat dihasilkan. Ianya juga membuka peluang untuk mereka beraksi di pentas menemui khalayak sekaligus mempromosikan bakat yang dimiliki kepada penggiat industri. Peserta akan berpeluang melakukan pementasan selama seminggu di Stor DBP di akhir bengkel ini.

Penyertaan terbuka kepada individu berumur 18-30 tahun dan mampu memberi komitmen selama sebulan pada setiap Isnin hingga Khamis dari jam 8-11PM. Bengkel ini dijangka akan bermula pada 13 Februari 2012 di Stor DBP. Bengkel ini akan dijalankan oleh teraju RS iaitu Khairunazwan Rodzy yang berpengalaman. Beliau merupakan Pengarah teater Badai Semalam dan pernah melatih peserta rancangan realiti Pilih Kasih I dan II. Bagi anda yang berminat jangan lepaskan peluang ini. Hantarkan nama penuh,alamat,no.tel,email dan FB juga pengalaman anda ke laman FB RS:revolutionstage atau emailkan di stagerevolution@gmail.com. Cepat!! TERHAD KEPADA 10 PESERTA SAHAJA!!!!!

Team Revolution Stage GEGAR Istana Budaya

Pada bulan November 2011 Team Revolution Stage telah berjaya memenuhkan Panggung Sari di Istana Budaya melalui teater Badai Semalam. Teraju RS iaitu Khairunazwan Rodzy telah menjadi Pengarah bagi teater ini dengan dibantu oleh Azrul Azizi Bin Amirrul (juga daripada team RS!) sebagai Penolong Pengarah. Beliau telah mendapat penghargaan daripada pihak Istana Budaya kerana teater di bawah arahan beliau ini telah memecahkan rekod Istana Budaya. Show produksi Istana Budaya yang paling, dan sangat FULL HOUSE sepanjang tempoh pementasannya. Hal ini merupakan satu kejayaan besar bagi pihak RS. Penghargaan ini juga merupakan satu lambang pencapaian bagi generasi muda dalam membuktikan kredibiliti di pentas bertaraf dunia yang sememangnya terkenal KERAMAT di kalangan penggiat teater. Bukan calang-calang orang yang diberi peluang besar sebegini khususnya di kalangan karyawan muda.

Rata-rata penonton yang memenuhi ruang legar terdiri daripada peminat-peminat sepanjang zaman novel ini. Teater Badai Semalam merupakan hasil olahan daripada novel yang sama judulnya karya Khadijah Hashim. Hampir kesemua penonton yang ditemui berpuas hati. Bagi yang pertama kali menonton teater, pementasan ini memberikan kesan malar segar untuk mereka terus menjejakkkan kaki ke panggung teater. Peminat-peminat novel yang senior pula turut berpuas hati kerana Badai Semalam yang dipentaskan memenuhi imaginasi mereka selama ini. Hal ini juga turut mengimbau nostalgia zaman remaja bagi golongan penonton berusia 30 ke 40-an ini. Garapan naskhah Erma Fatimah ternyata berjaya merealisasikan imejan novel ke realiti pentas.Pastinya, Pengarah teater Badai Semalam memainkan peranan yang besar dalam memastikan bintang-bintang seperti Erra Fazira,Aoran Aziz,Fizz Fairuz,Jasmin Hamid,Emelda Rosmila dan Datin Paduka Umie Aida mempunyai keseimbangan yang memenuhi taste lakonan teater.Namun, terbukti ianya tidaklah mustahil.Moga team RS terus melangkah menempuh ruang-ruang yang mustahil dalam seni persembahan di kotaraya ini!