Thursday, February 23, 2012

Video FirstTimeWorkshop : Bengkel Asas Lakon - Day 1

saksikan rakaman First Time Workshop : Bengkel Asas Lakon - day 1

pastikan anda mengikuti video kami seterusnya!!!

Wednesday, February 22, 2012

Bermulanya di Bangunan Warisan Kelab Sultan Sulaiman...

Syukur Alhamdulillah, bengkel lakonan RS telah pun bermula dengan barisan peserta yang sangat komited. Pada 20 Feb 2012, team RS bersemangat menanti dari jam 6 petang lagi di Bangunan Warisan Kelab Sultan Sulaiman. Perasaan pertama kami memang kagum abislah. Mana taknya, rasa teruja dapat berada di bangunan bersejarah yang dibina dengan begitu klasik. Para perserta pun nampaknya sentimental beraktiviti. Maklumlah, kali pertama saling bersua dengan team RS. Macam-macamlah ragamnya. Sepanjang sesi pertama bengkel peserta melalui proses 'ice breaking'. Mereka diperkenalkan dengan aktiviti mengolah tubuh,pernafasan,kenal antara satu sama lain, dan yang penting sekali membuang perasaan malu dan meletakkan keyakinan diri. Beruntung tau, dapat kenal semula kekurangan dan kelebihan diri kita!

Hari kedua(21Feb2012) pula, peserta makin berani dan nakal. Masing-masing dah kenal!  Mereka belajar lebih mendalam tentang vokal dan pernafasan. Begitu juga dengan fokus energy dan mengexplore tubuh dengan lebih ekstrim. Aktiviti mula berkembang dengan berkongsi perasaan tentang hari masing-masing. Biasalah,rata-rata peserta dah pun bekerja atau berprofesion. Tak dinafikan, mestilah mereka keletihan dan tension dengan kerenah di tempat kerja tu. Tapi yang penting, mereka gembira dapat beraktiviti di bengkel lakonan RS ni, mana taknya hilang segala penat dan tension! Mungkin semangat tu datang dari bangunan klasik ini?

Mungkin, memandangkan asas pembinaan bangunan ini adalah perkongsian semangat kerjasama antara penduduk Melayu di Kg. Baru pada 1901. Bangunan ini menjadi simbol kepada semangat ketabahan dan simpati sesama manusia, apabila menjadi tempat perlindungan pada rusuhan 13 Mei 1969,juga menjadi markas tentera dan Polis Hutan ketika itu untuk mengawal keamanan. Pada akhir 1970 dan awal 1971, bangunan ini turut melindungi penduduk daripada bencana banjir yang teruk melanda Kuala Lumpur.Bangunan Kelab Sultan Sulaiman ini turut menyimpan sejarah penyatuan antara manusia dan kemerdekaan.Kongres Melayu Se-Malaya Pertama telah berlangsung di sini pada 1-4Mac1946 untuk menentang gagasan Malayan Union yang menafikan hak Raja-Raja dan keistimewaan Melayu.

Team Rs semakin bersemangat dan bangga apabila dapat menjalankan bengkel lakonan pertama di sini. Ternyata langkah awal perjuangan kemerdekaan telah berlangsung di bangunan ini. Team RS berharap dapat meminjam semangat ini untuk mengorak langkah pertama dalam mengembangkan ilmu dan kebolehan berteater kepada sesiapa saja yang berminat. Begitu juga dengan semangat setiakawan dan kemanusiaan agara team RS tidak tersasar daripada niat ikhlas dalam memberi sumbangan pada masyarakat. Moga para peserta akan terus gigih berusaha untuk menimba pengetahuan baru dalam teater juga aspek kehidupan yang lain. Jangan risau,sebulan lagi sebelum hari pementasan akhir bengkel. Apapun,"buat je" ya! Tak sabar rasanya nak melalui hari ketiga bengkel!!!!

Monday, February 20, 2012

Tahniah!! 8 Peserta Bakal 'Meraih Mimpi'

Setinggi TAHNIAH diucapkan kepada lapan peserta yang telah terpilih mengikuti bengkel yang dianjurkan team RS. Khabarnya, mantan RS Khairunazwan Rodzy dan team pening kepala juga nak menyaring nama-nama peserta yang menghantar permohonan. RAMAI tidak TERKIRA..Setelah menilik-nilik dan menimbang-nimbang,inilah LAPAN peserta yang LAYAK mengikuti bengkel.

1.Raja Nur Ismah Atirah
2.Siti Fatimah Shuib
3.Rusdalilah Abd.Ghani
4.Adhwa Farhana
5.Asyraf Afif Ariffin
6.Aznah Mohamed Ramli
7.Nor Azlin
8.Nurazilah Samsudin

Team RS juga nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Warisan Negara kerana bermurah hati menghulur kerjasama pada RS. Pihak JWN telah memberi kerjasama dengan memberi kemudahan tempat untuk team RS menjalankan bengkel ini. Mulai 20 Februari 2012 ini, bengkel akan dijalankan secara intensif di Bangunan Warisan Kg.Baru. Team RS sememangnya tak sabar-sabar nak bertemu dan berkongsi ilmu pengetahuan dengan para peserta.

Khusus pada perserta,tahniah berjuta-juta team RS ucapkan. Pada semua team RS yang bertungkus-lumus merealisasikan mimpi RS untuk menyumbangkan tenaga dan ilmu pada masyarakat, terima kasih banyak-banyak. Moga usaha team RS akan diberkati dan hanya Tuhan yang dapat membalas segala pengorbanan yang telah disumbangkan untuk merealisasikan mimpi ini. Terima kasih pada semua yang membuat permohonan, pada yang tak terpilih janganlah putus asa ya! Pada team RS dan para peserta bengkel,"Buat je!!!". JOMMM!!! bersama-samalah kita meraih mimpi!!!!