Monday, March 5, 2012

Duka?Ria?Peserta Bengkel Lakonan RS sedia memberi jawapannya!!

Melangkah sudah...hanya menanti sinar yang mampu bertahan dalam kegelapan. Adakah sinar itu? Amacam, ada gaya J.MAziz(penyajak buta yang terkenal)? Bukan apa, pada hari ketujuh(29Feb2012) ini para peserta diminta membawa sajak. Mereka belajar 'membedah' sajak ini melalui pendekatan lakonan. Hari ini memang agak melankolik. Tambahan pula keadaan luar yang disimbahi hujan tak putus-putus. Sekejap-sekejap renyai, sekejap lebat. Memang memberikan mood romantis pada team RS dan para peserta sendiri. Para peserta sudah mula melangkah kepada task yang lebih serius melibatkan emosi dan mood. Bengkel hari ini memang berlangsung dalam suasana relaks dengan kesan duka dan kelaraan. Belajarlah tentang erti luka itu, kerna kaukan mampu memerintah dunia dengannya jika perlu! Nampaknya, tak ada lagi task-task ekstrim yang mengembangkan bulu tengkuk ya!

Berlainan pula dengan hari kelapan bengkel(1Mac2012), suasana sangat

Hari Kelima dan Keenam Bengkel RS mula bersinar.....

Alhamdulillah, team RS dan para peserta masih diberikan kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjuangan. Team RS berbesar hati nak mengucapkan jutaan terima kasih pada Jabatan Warisan negara kerana sudi menyokong usaha RS dengan meminjamkan Kelab Sultan Sulaiman sebagai tapak menjana tangga untuk memetik bintang-bintang dilangit sebagai hiasan dalam mimpi-mimpi kami. Nampaknya, dihari keempat(27Feb2012), beberapa anak tangga telah pun disiapkan. Gerakan-gerakan tubuh mereka semakin dicabar pada tahap yang ekstrim. Ngeri juga team RS yang melihatnya. Tapi, para peserta memang steady abis! 'Buat je'. Mungkin tiga hari cuti, telah mengembalikan energy mereka yang habis-habisan diperah sepanjang empat hari minggu lalu.

Hari kelima(28Feb2012), gerakan-gerakan masih berterusan bagi mewujudkan kebolehan kesinambungan dalam lontaran enery,fokus dan vokal.Hebat benar gerakan-gerakan yang

Bengkel RS terus melangkah...

Bukan mudah nak bergelar 'pelakon'. Banyak susah senang yang harus dilalui dalam meniti persada seni ini. Para peserta begitu bersungguh-sungguh nak menimba ilmu dan mencapai satu titik kepuasan tersendiri. Pada hari ketiga(22 Feb2012), mereka masih lagi berusaha mencari titik-titik kepuasan dalam diri masing-masing. Tahap vokal,olah tubuh,fleksibiliti dan energy mereka terus-terusan dicabar oleh tenaga pengajar iaitu penghulu RS,Khairunazwan Rodzy. Terkial-kial juga mereka ini nak melakukan setiap task yang diberikan.Sememangnya, bukan mudah ya!

Mimpi-mimpi yang dikejar bukan semuanya indah. Mesti juga melalui detik-detik ngeri,sedih,keliru dan sebagainya. Begitu juga dengan impian kita semua ini. Pada hari keempat bengkel(23Feb2012), semua kebolehan tubuh peserta sudah mula berkembang. Tak kurang juga yang dah menunjukkan tanda-tanda sakit sana sini. Ha,itu biasalah dik! Maklumlah, dah lama tubuh kita berada pada mode'keakuan'. Jangan tak tahu, nak jadi pelakon aset utamanya adalah tubuh badan kita. Oleh itu, sebaiknya tubuh seorang pelakon mesti sentiasa bersedia pada sebarang kemungkinan. Proses yang giat dijalankan sepanjang awal minggu bengkel ini adalah untuk meneutral atau menaturalkan body peserta sebagai preparation utama untuk menjadi seorang pelakon.

Ini semua bukan omongan kosong ya! Kalau anda semua nak tahu dan menjadi saksi pada kelahiran mimpi-mimpi yang bakal terealisasi ini boleh tonton video-video yang diupload di laman blog dan FB RS. Kami bawakan khusus untuk anda yang prihatin dengan usaha dalam melahirkan produk seni persembahan yang berkualiti. Thanks to team RS TV, yang bersengkang mata sampai kembung perutlah meneguk kopi nak maintain segar untuk menghasilkan video-video yang bagus! Teruslah menyokong RS!!

Sunday, March 4, 2012

Video FirstTimeWorkshop!!!!!!!!!!!!!! Day 2 - Day 6

DAY-2
DAY-3
DAY-4
DAY-5
DAY-6
JANGAN LUPA SAKSIKAN SAMBUNGANNYA LAGI... PASTIKAN ANDA MENJADI FOLLOWER KAMI!!! YEAY!!