Monday, April 23, 2012

Kembali dgn lebih Seksi!!!

Sekarang adalah ini!!!! apa lagi!!! jom hadir!!!!

Friday, April 13, 2012

Tepuk Amai-Amai menuju Puncak...

Akhirnya, setelah melalui pelbagai cabaran, teater Tepuk Amai-Amai telah pun melalui pementasan hari pertama pada 12 April 2012 di Auditorium Muzium Negara. Pementasan ini merupakan usaha peserta bersama tenaga pengajar sepanjang minggu ketiga bengkel(5-10Mac 2012) yang lalu. Para peserta telah bersama-sama dengan Pengarah teater ini, Khairunazwan Rodzy dalam proses penghasilan naskhah. Mereka telah mempelajari struktur dan bentuk pementasan 'device play' yang menekankan kesatuan dan kesinambungan dalam menghasilkan aksi dramatik yang selektif, mencapai tema dan bersesuaian dengan directorial juga visual concept yang ditetapkan. Hal ini memerlukan persefahaman dan tolak ansur yang tinggi di kalangan peserta dan Pengarah memandangkan ianya merupakan satu kolaboratif di antara pelakon dan pengarah.

Pada minggu keempat(12-17Mac2012) para peserta melalui tahap yang paling mencabar untuk proses transisi daripada idea bertulis ke pementasan atau visual. Hal ini berlangsung hingga ke hari pementasan. Proses yang berterusan ini memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi bagi merealisasikan segala idea yang telah dipersetujui bersama. Ini kerana sepanjang proses ini idea-idea tersebut akan ditambah atau dipotong dalam proses lakonan pementasan tersebut. Ianya bukanlah satu perkara yang mudah bagi para peserta. Namun, ternyata para peserta telah berjaya melaluinya dan terhasillah teater Tepuk Amai-Amai yang berlangsung pada 12-15 April 2012, di Auditorium Muzium Negara.

Pada pementasan pertama, 12 April 2012 para peserta telah memberikan persembahan yang bertenaga dan penuh semangat. Rata-rata penonton memberikan komen yang positif di atas kejayaan produksi ini. Persoalan jiwa remaja yang berkonflik dengan sistem pendidikan,institusi keibubapaan dan sistem penandaan masyarakat berjaya diangkat dalam bentuk eksperimental. Bentuk pementasan ini juga mampu menyampaikan mesej dan idea yang berat secara santai kepada penonton. Hal ini menimbulkan kesatuan dan memberi impak kepada psikologi penonton. Tepuk Amai-Amai juga mempunyai nilai estetika yang tersendiri apabila khalayak yang menonton mempunyai pengalaman personal yang selari dengannya. Oleh itu, marilah ramai-ramai menonton teater Tepuk Amai-Amai!!!!

Sunday, April 8, 2012

Teater Tepuk Amai-Amai di Kosmo Ahad!!!!

Semangat Geng RS semakin meluap-luap!!! Apa lagi, aduhai teman-teman dan sahabat-sahabat, datanglah kita ke pementasan kami!!!

Kami akan berikan yang terbaek!!! Inilah hasil dari First Time Workshop : Bengkel Asas Lakon!!!! Nanti akan dibuat lagi... nantikan!!!


Teater Ekperimental 'Tepuk Amai-Amai' merupakah sebuah device play oleh Khairunazwan Rodzy bersama para peserta FirstTimeWorkshop : Bengkel Asas Lakon (Revolution Stage) yang telah berlangsung selama sebulan secara percuma dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara serta Jabatan Muzium Negara.

Tuesday, April 3, 2012

Jom Tengok Teater Kami Hasil Dari Bengkel!!!!


Teater Ekperimental 'Tepuk Amai-Amai' merupakah sebuah device play oleh Khairunazwan Rodzy bersama para peserta FirstTimeWorkshop : Bengkel Asas Lakon (Revolution Stage) yang telah berlangsung selama sebulan secara percuma dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara serta Jabatan Muzium Negara.

KiSAHNYA....

Teater yg bergerak melalui proses device ini telah ditetapkan temanya, 'cita-cita dan impian' sebagai kes yang diperbincangkan serta isu yang diketengahkan dalam permentasan.

Setelah proses device berlaku dan sesi merangka bersama sebuah permentasan Eksperimental ini, hasil yang diperolehi ialah berkisarkan tentang kehidupan zaman persekolahan yang melibatkan watak-watak seperti Pelajar, Guru, Ibu Bapa dan Keluarga. Plotnya bergerak berlandaskan watak para pelajar yang berusaha keras untuk mencapai cita-cita dan impian masing-masing sehingga berjaya. Pelbagai konflik berlaku semasa proses usaha mereka, cabaran, halangan, tekanan serta dugaan telah sebati dalam diri mereka.
Adakah anda jua punya impian?

Adakah anda maseh belum bertemu impian?
atau adakah anda tidak tahu impian anda?
Mari memenuhi kerusi Auditorium Muzium Negara beramai-ramai!!

Tarikh :
12 April hingga 15 April 2012

Masa : 
8.30 malam
3.00 petang dan 8.30 malam ( 14 April dan 15 April)


Tempat : 
Auditorium Muzium Negara


Tiket : 
RM 20 (Dewasa)
RM 10 (Pelajar, OKU)


Terbitan : 
Revolution Stage


Kerjasama : 
Jabatan Warisan Negara
Jabatan Muzium Negara