Tuesday, October 30, 2012

Teater Kecil Ber-JIWA BESAR : Siri 3

Sambungannya....
OBJEKTIF
Setelah apa yang berlaku pada nasib graduan-graduan seni persembahan di negara kita ini, penulisan ini cuba menyedarkan mereka tentang nilai-nilai komersial yang ada dalam sesebuah teater.
1)      Mengenal pasti unsur atau nilai komersial dalam teater komersial.
2)      Memahami kewujudan unsur atau nilai komersial dalam teater
3)  Membuat kesimpulan tentang usaha teater kecil ke arah mengkomersialkan atau membesarkan ruang dan peluang ke dalam Industri.
KAJIAN
Terdapat beberapa perbandingan yang membezakan nilai komersial yang ada dalam teater komersial dengan teater kecil.
PERKARA
TEATER KOMERSIAL
TEATER KECIL
1)    CERITA/ NASKHAH SKRIP
Cerita yang digunakan adalah ringan dan memfokuskan pada hiburan. Kurang dan kabur mesej yang disampaikan.
Cerita yang dihasilkan adalah lebih berat dalam menyampaikan isu semasa yang dekat dengan khalayak. Mesej yang mantap dan berkesan.
2)      PELAKON
Artis popular, Artis Realiti Tv, Penyanyi Terkenal, Pelakon Anugerah Terbaik. Bayaran mahal.
Pelakon terlatih dan berbakat besar, bersiap sedia untuk memegang pelbagai watak, tidak dikenali, kawan-kawan, murah.
3)      PENGARAH
Pengarah filem, Pengarah teater ternama. Bayaran mahal.
Pengarah terlatih dan berbakat besar, kreatif dengan pelbagai konsep dan ilmu pengarahan, tidak dikenali, kawan-kawan, murah.
4)      PENGURUSAN
Pakar dalam bidang masing-masing, bertugas dengan cemerlang.
Buat sendiri walaupun tidak arif dalam bidang tertentu.
5)      BAJET/ KEWANGAN
Menggunakan bajet yang mewah. Mempunyai penaja yang besar dan banyak.
Zero bajet, bajet rendah, bajet sederhana. Tiada penaja.
6)      TEMPAT/ PANGGUNG
Esklusif, canggih, Istana Budaya.
Stor Teater, taman budaya negeri, ruang terbuka, tepi jalan.
7)      PUBLISITI/ PEMASARAN
Secara berterusan, besar-besaran, meluas, berkos tinggi, menggunakan banyak kaedah pemasaran, menggunakan klik2 dari golongan wartawan, diketahui umum
Secara kecil, Facebook, blog, tampal poster, tidak meluas, tidak ketahui ramai.
8)      PENONTON
Umum. Ramai
Kecil, penggiat seni yang meminati teater, kawan-kawan.
9)      HARGA TIKET
Mahal.
Murah dan sederhana.

Berdasarkan perbandingan di atas, jelas bahawa teater komersial benar-benar menjalankan sebuah perniagaan yang ingin mendapatkan keuntungan besar. Ianya menitik beratkan nilai komersial dalam pelaksanaan sesebuah teater itu, manakala teater kecil pula kelihatan sebuah gerakan ‘bunuh diri’ jika ia dijadikan sebuah perniagaan persembahan.
Naskhah yang diterapkan dalam teater-teater komersial adalah ringan dan berkonsepkan hiburan. Ini kerana cerita yang mudah dan memberikan hiburan akan menarik minat penonton secara umum dari pelbagai latar usia dan taraf  seperti, ibu bapa, remaja, kanak-kanak, menteri, dato dan juga khalayak biasa.
           jika pementasan teater tidak dibintangi oleh 
             nama-nama yang komersial, peminat tidak 
             akan datang untuk menonton.                   
                   - Datuk Mohamed Juhari Shaarani,
                      Ketua Pengarah Istana Budaya.
Pelakon terkenal dan artis popular yang mempunyai nilai komersial adalah salah satu elemen utama menarik penonton merapati ‘box office’ panggung serta berebut mendapatkan tiket bagi menyaksikan artis kegemaran mereka beraksi secara langsung di atas pentas dan di depan mata mereka sendiri. Ini terbukti dengan kata-kata ketua pengarah Istana Budaya yang sedang enak menikmati keuntungan berganda dari kejayaan organisasi dibawah kelolaannya.
Pemilihan pengarah juga menjadi sesuatu yang penting kerana beliaulah yang bakal menerajui dan memimpin sesebuah kejayaan persembahan agar kelihatan gah dan bernilai komersial. Kebiasaanya pengarah filem pecah panggung akan dipilih kerana pengarah ini juga mempunyai pengikut-pengikut filem-filemnya tersendiri. Malah, pengarah ini juga memudahkan urusan ‘pemujukkan’ golongan artis popular agar melibatkan diri dalam pementasan teater tersebut, ini kerana pengarah mempunyai daya tarikan kuat terhadap pelakon yang teringin bekerja dibawah arahannya.
Dari segi pasukan pengurusan dan ahli produksi, kepakaran masing-masing amatlah dititikberatkan agar segala urusan yang melibatkan pengurusan produksi, pengurusan kebajikan, pengurusan pentas, pengurusan publisiti serta pemasaran sehingga ke urusan penjualan. Kecekapan tenaga kerja melaksanakan tugas maka sekaligus memberikan impak yang baik kepada perjalanan produksi dan menyenangkan pementasan teater itu nanti.
Apabila diumumkan kos yang diperuntukkan bagi menjayakan sesebuah teater adalah sangat besar, maka ia mencipta sebuah andaian awal tentang nilai sesebuah pementasan yang bakal diadakan seperti sebuah teater yang gah, menarik, luar biasa dan memuaskan hati, kebiasaannya begitu. Ianya dapat mencipta nilai komersial secara tidak langsung dan mencipta followers awal dari media-media dan khalayak ramai.
Tempat pementasan juga memberi nilai kekaguman serta keyakinan kepada penonton tentang isi pementasan yang bakal mereka tonton. Tambahan lagi jika panggung itu berprestij dan berkeadaan megah dan menjadi tempat tumpuan utama khalayak menonton teater. Panggung juga mempunyai nilai komersialnya tersendiri yang membantu menarik penonton.
Hebahan meluas sehingga tiada seorang pun yang terlepas mengetahui mengenainya adalah sebuah kejayaan yang dimiliki oleh teater komersial. Pemasaran dan publisiti yang berjaya semestinya tidak perlu risaukan lagi tentang semahal mana pun harga tiket kerana kehadiran penonton adalah pasti. Ini kerana penonton sendiri sudah terpukau pada iklan-iklan serta tawaran-tawaran dan nilai-nilai komersial yang ada dan menarik dari pelbagai jenis media secara menyeluruh sehingga membuatkan penonton akan berusaha ke pementasan walau semahal mana pun.
Perbandingan ini jelas memberi peringatan kepada para graduan seuatu perubahan perlu dilakukan jika ingin menceburi industri kesenian negara yang penuh dengan pesaingan dan cabaran. Namun, graduan juga perlu mencari ilmu tambahan mengenai perniagaan bagi memperkukuhkan lagi kedudukan dalam industri kesenian negara.
Bersambung.....
P/S : Kami amat berbangga kiranya tulisan ini dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain... sila share.. ;)

Sunday, October 28, 2012

Teater kita sudah koma? - Mingguan Malaysia

Teater adalah sebuah seni persembahan yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi bahasa uajaran, bahasa tubuh, muzik, tarian dan bunyi.

Di negara kita ini teater moden sebenarnya popular ketika era 70-an dan 80-an. Ini merupakan era-era emas teater moden Malaysia selepas era bangsawan dan sandiwara. Ini adalah zaman kemuncak teater di zaman ini. Selepas itu teater Malaysia sudah mati. Yang mengambil alih tempat teater sekarang ini tidak lebih acara memperagakan artis (bukan pelakon teater).

Hanya beberapa sahaja yang dianggap teater antaranya, Ronggeng Rokiah sebuah teater noir arahan Allahyarham Anuar Nor Arai dan Alang Rentak Seribu arahan Ahmad Yatim.

Kini, pentas yang cukup terkenal dengan permentasan teater antaranya, Auditorium Dewan Bandaraya (DBKL), Pusat Seni Jalan Bandar, Panggung Eksperimental Universiti Malaya, Balai Tun Syed Nasir (Dewan Bahasa Pustaka) dan Dewan Dektar Universiti Kebangsaan Malasysia sunyi tanpa pementasan Teater.

Tidak keterlaluan jika dikatakan kebanyakkan teater yang dipersembahkan masa ini bukanlah teater yang sebenar. Antara faktornya tidak diarah dan dilakonkan oleh aktivis yang bergelumang dalam teater.
Di luar negara, teater Broadway misalnya dijayakan oleh pelakon teater, bukannya pelakon filem seperti kita. pelakon ini telah boleh menguasai dan 'kenal' fungsi pentas. Di barat pelakon teater jadi pelakon filem, tetapi tidak ada pelakon filem jadi pelakon teater kecuali berasal dari teater.

Teater dan filem sebenarnya mempunyai displin yang cukup berbeza. ini kerana teater bukan sekadar berlakon tetapi pengawalan suara, gerak dan kemampuan improvisasi di pentas.

Teater kita mati apabila pelakon filem begitu bebas membuat 'cat walk' di pentas, pelakon teater terus tersingkir. Penonton hanya menonton 'cat walk' bukan lakonan. Bermula dari pengarah sehingga pelakon semuanya adalah dari penggiat filem.

Apa yang terjadi ketika era 70-an dan 80-an dahulu sudah terbalik. Ketika itu banyak pelakon bermula dengan teater kemudiannya melangkah ke filem atau drama televisyen, contohnya Rahim Razali, Khalid Salleh, Eman Manan, Liza Osman, Wan Maimunah, Jalil Hamid dan Ahmad tarmimi Saregar.

Kebanyakkan teater ketika ini menggunakan kaedah menjual pelakon untuk menarik penonton tetapi tidak menjual kualiti lakon. Kerana itu tidak hairanlah pelakon teater sudah tidak ada tempat di pentas. Pihak yang diberikan amanah membangunkan teater tidak berbuat apa-apa dan wajarlah teater kita telah mati.

Ke mana hendak dituju graduan bidang teater apa bila pentas dikuasai oleh artis dari filem? Graduan ini terlatih tetapi tidak terlatih mendapat tempat seterusnya memberikan hasil yang murahan.

Kalau kita menoleh kemeriahan teater tahun 1970-an hingga 1980-an, Kuala Lumpur adalah pusat kegemilangannya. Pelakon teater ketika itu tidak digula-gulakan bayaran ribuan ringgit seperti yang diberikan kepada artis yang berlakon di Istana Budaya. Upah mereka hanya nasi bungkus dan air sirap, tetapi komitmen cukup tinggi.

Di negara ini, kalau hendak jadi kaya, jangan berlakon teater. Aktivis teater relistik keadaan ini. Tetapi bila ada pihak mahu mengubah kedudukan teater, yang teranjak hanya bayaran kepada artis, bukan kualiti teater. Pementasan teater menjadi semakin buruk dan era emas teater moden Malaysia sudah jauh di lipatan sejarah. Kuala Lumpur sudah tidak ada pementasan teater seperti dulu.

P/S : Minum susu tepung seumur hidup, manakan pernah merasai susu lembu asli.... hihihi... ;-)

Teater Kecil Ber-JIWA BESAR : Siri 2

Sambungannya....

PERSOALAN
Semakin ramai lambakan graduan seni persembahan terutamanya dari pengkhususan seni teater yang menganggur dan tidak bekerja dalam bidang yang sealiran atau berkenaan mengikut kepakaran masing-masing. Graduan adalah merupakan produk yang dilatih dan diasuh oleh pusat pengajian tinggi yang diiktiraf dan hebat seperti Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Sabah dan lain-lain. Mereka ini sepatutnya siap untuk berbakti ataupun ‘dipakai’ dalam industri kesenian negara kita. Namun, kerana kecewa oleh persaingan dunia komersial yang hebat menjadikan produk siap ini basi lemau tak dipakai. Contohnya, graduan dilatih sebagai seorang pelakon pentas yang hebat tetapi produser teater komersial mahukan pelakon rancangan realiti tv yang popular dan dapat menarik perhatian penonton yang ramai walaupun mereka ini masih cetek ilmu lakonannya berbanding graduan tadi. Justeru, ramai yang lari ke pekerjaan lain yang tidak ada kena mengena dengan kepakaran masing-masing. Semakin hari para produser dan tenaga kerja kreatif dalam industri terus menekankan nilai komersial pada teater hingga hilang nilai seni teater yang halus dan indah.
Bagi graduan seni persembahan yang belum mengalah dan masih ingin cuba menceburi industri kesenian negara mereka memilih untuk menubuhkan sebuah produksi yang berskala kecil, dipanggil teater kecil yang mana bajet dan kosnya pun tidak besar dan murah. Tindakan ini sebenarnya membawa mereka ke dunia perniagaan persembahan (showbiz) tanpa mereka sedar kerana mereka bukan sahaja menjadi aktivis teater yang mana hanya belakon, mengarah, menulis, berkarya dan sebagainya tetapi mereka sedang menjalankan aktiviti perniagaan yang mana menuntut khlayak untuk menonton persembahan dengan meletakkan harga pada sesebuah karya pementasan.
Ramai diantara mereka gagal mengekalkan ‘perniagaan’ itu pada jangka masa yang lama dan ianya tidak berkembang akibat tidak mendapat sambutan penonton pada setiap pementasan yang dilakukan. Hal ini berlaku apabila tiada ilmu dalam perniagaan yang mana nilai-nilai komersial adalah penting bagi menjadi magnet menarik penonton ke sesebuah persembahan teater itu. Mereka mula sering menyalahkan artis-artis popular yang sering merampas peluang mereka, mengutuk pelakon dari realiti tv yang bodoh berlakon, tidak berpuas hati dengan produser-produser teater, filem dan tv kerana tidak memberi peluang kepada mereka,  memarahi penonton-penonton yang katanya belum bijak memilih kualiti dan sebagainya. Perbuatan yang sia-sia ini sebenarnya tidak pernah menjejaskan artis popolar, artis realiti tv, produser atau sesiapa saja melainkan graduan itu sendiri.
Bersambung.....
P/S : Kami amat berbangga kiranya tulisan ini dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain... sila share.. ;)

Saturday, October 27, 2012

Teater Kecil Ber-JIWA BESAR : Siri 1

Kali ini kami dari RS sangat berbesar hati ingin berkongsi beberapa pandangan, perbincangan dan pemerhatian kami kepada semua geng-geng RS yang membaca... Tajuk buat kali pertama ini adalah TEATER KECIL BERJIWA BESAR.

TEATER KECIL BERJIWA BESAR, adalah sebuah penulisan yang pernah dibentangkan dalam Seminar SIMPOSIUM SENI DAN BUDAYA MAKUM 2012 di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, oleh salah seorang Team RS, Khairunazwan Rodzy.

Penulisan ini bukan berniat untuk menetapkan atau menghukum sesuatu pendapat serta sesuatu yang dibincangkan kelak, ianya sekadar pembuka kata kepada sebuah perbincangan dan perkongsian. Dengan perkongsian ini jugak, kami di RS sangat berbesar hati sekiranya geng-geng RS (pembaca n penonton) sudi memberi pandangan, cadangan, hujahan malah bantahan serta kutukkan sekali pun ke ruangan komen setiap entry post... selamat berkongsi semua.. ;-)
PENGENALAN
Teater yang sedia kita maklum adalah sebuah seni pementasan yang mempunyai kolaborasi pelbagai jenis kesenian yang menyokongnya. Ia menjadi medium komunikasi seorang pengkarya bagi menyampaikan pesan kepada khalayak tentang apa yang ingin diperkatakan. Contohnya, isu-isu tentang permasalahan ke'manusia'an, alam kehidupan, ke'TUHAN'an dan ia juga menjadi satu ruang hiburan. Teater kecil adalah sebuah perancangan produksi yang tidak besar dan ramai ahlinya yang bergerak dengan bajet yang rendah. Teater kecil ini kebiasaannya digunakan oleh graduan-graduan seni persembahan yang ingin menceburi industri kesenian negara. Namun, ramai diantara mereka gagal untuk kekal dalam jangka masa yang lama dan tidak berkembang akibat tidak mendapat sambutan penonton. Golongan ‘malang’ ini sebenarnya dikalahkan dengan gerakan teater komersial yang dilakukan oleh golongan popular dalam industri dengan bajet yang besar dan bersistematik serta mampu menarik ramai penonton. Penulisan ini membincangkan tentang keupayaan teater kecil yang berupaya menandingi tahap kejayaan teater-teater komersial tersebut dengan mengenal pasti, memahami dan melaksanakan konsep komersial yang sebenar. Ianya juga satu ilmu yang membezakan manusia yang ingin terus berusaha dan berjaya dengan manusia yang gagal, kecewa dan mengalah.

LATAR BELAKANG
Maksud komersial mengikut Kamus Dewan adalah berkaitan dengan atau bersifat perdagangan: berkepentingan dan bertujuan[i], komersial merupakan sebuah elemen dalam perniagaan yang memfokuskan pada jualan produk yang mendapat permintaan pelanggan yang akan menguntungkan bagi menjaga kepentingan perniagaan tersebut serta bertujuan untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih besar dan berjaya. Nilai komersial yang diterapkan kepada produk itulah yang menjadikan kejayaan jualan bagi sesebuah perniagaan itu.
Dalam industri teater pula, teater komersial sering dikaitkan dengan pementasan yang gah seperti produksi berskala besar, berbajet besar, penglibatan tenaga kerja popular dan dipentaskan di pentas berprestij. Perkataan teater komersial mula didengari serta hangat diperkatakan apabila pihak Istana Budaya memulakan langkah menerapkan nilai-nilai komersial pada tahun 1990- an dalam setiap persembahan yang mereka kerjasama juga terbitkan.
“Inilah antara sebabnya mengapa IB mengikut trend yang dikehendaki oleh peminat-peminat kerana kita lebih bertolak ansur dengan mengikuti citarasa penonton.”
 “ …eleman komersial seperti yang digunakan oleh pihak IB juga mempunyai kehebatannya yang tersendiri sehingga mendapat sambutan yang menggalakan antaranya Lat Kampung Boy, Badai Semalam, The Secret Life Of Nora dan beberapa lagi.
                    - Datuk Mohamed Juhari Shaarani
                    Ketua Pengarah Istana Budaya.
Menilai kata-kata dari ketua pengarah panggung berprestij di negara kita ini, ternyata teater yang mempunyai nilai komersial mendapat sambutan yang luar biasa malah memberi keuntungan serta menaikkan martabat seni teater Malaysia ke mata dunia. Aplikasi konsep komersial ke dalam seni teater menampakkan daya magnet yang menarik penonton ke teater.
Bersambung.....
P/S : Kami amat berbangga kiranya tulisan ini dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain... sila share.. ;)

Thursday, October 25, 2012

Le Jeu La Julia - Show 2nd #BANGKIT.



Naskhah kedua dalam #Bangkit selepas kejayaan #RatnaKadhal.

Revolution Stage bersama Seni Suri Jawi mempersembahkan pementasan teater Le Jeu La Julia.
Mengisahkan kisah remaja di hujung tahun 90an, sebelum internet berleluasa di dunia. Fadlun mengharapkan cintanya pada budak sekolah Convent akan berbalas. Julia pula terus merahsiakan cintanya pada Fadlun. Masing masing berbeza pengkhususan - Fadlun budak sastera, manakala Julia pula budak sains. Tetapi, cinta telah menyatukan mereka, walaupun tidak bert
entang mata, walau bukan di alam nyata.

"Mencari cinta yang jauh, rupanya cinta di depan mata"
“Aku senantiasa ada, walau adanya tak diendahkan.”
~Wanji Zain~

Dari pengarah teater Beng Hock, Hariry bin Jalil, Le Jeu La Julia akan dijayakan oleh:
1. Aisya Mulya
2. Wanji Zain
3. Azrul Azizi

Tiket berharga
Dewasa
1. RM20 (utk 1 tiket)
2. RM15 (utk 2 tiket)
3. RM10 (utk 3 tiket ke atas)

Pelajar
1. RM15 (utk 1 tiket)
2. RM10 (utk 2 tiket)
3. RM5 (utk 3 tiket keatas)

*terpakai untuk advance purchase 

melalui telefon atau email sahaja.

Untuk pembelian awal (advance purchase), sila call
nombor dibawah :-

A.A - 017 98232372
N.A - 010 760 3101


Revolution Stage
@revolutionstage
#LeJeuLaJulia / #Bangkit
FB : Revolution Stage
Emel; stagerevolution@gmail.com
revolution-stage@blogspot.com

Sunday, October 7, 2012

Makin Mendekat!!!!


Kata Ratna, "...kalau tahu ertinya rindu, jangan lupa ertinya seksa." 

Ketik laman acaranya di sini untuk sinopsis dan maklumat selanjutnya:
https://www.facebook.com/events/114188125400414/

RATNA KÄ€DHAL <<Cinta Ratna>> yang akan dipersembahkan pada 19-21 Okt 2012 ini adalah sebahagian 5 pementasan siri BANGKIT. Ketik pautan di bawah untuk mengetahui apa 4 lagi pementasan yang bakal bangkit itu:
https://www.facebook.com/events/348209065273728/
__

Penonton Dewasa
1 tiket RM20 (Harga biasa)
2 tiket RM15 (Setiap tiket)
3 tiket Ke atas RM10 (Setiap tiket)

Pelajar
1 tiket RM15 (Harga biasa)
2 tiket RM10 (Setiap tiket)
3 tiket ke atas RM5 (Setiap tiket)