Sunday, October 28, 2012

Teater kita sudah koma? - Mingguan Malaysia

Teater adalah sebuah seni persembahan yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi bahasa uajaran, bahasa tubuh, muzik, tarian dan bunyi.

Di negara kita ini teater moden sebenarnya popular ketika era 70-an dan 80-an. Ini merupakan era-era emas teater moden Malaysia selepas era bangsawan dan sandiwara. Ini adalah zaman kemuncak teater di zaman ini. Selepas itu teater Malaysia sudah mati. Yang mengambil alih tempat teater sekarang ini tidak lebih acara memperagakan artis (bukan pelakon teater).

Hanya beberapa sahaja yang dianggap teater antaranya, Ronggeng Rokiah sebuah teater noir arahan Allahyarham Anuar Nor Arai dan Alang Rentak Seribu arahan Ahmad Yatim.

Kini, pentas yang cukup terkenal dengan permentasan teater antaranya, Auditorium Dewan Bandaraya (DBKL), Pusat Seni Jalan Bandar, Panggung Eksperimental Universiti Malaya, Balai Tun Syed Nasir (Dewan Bahasa Pustaka) dan Dewan Dektar Universiti Kebangsaan Malasysia sunyi tanpa pementasan Teater.

Tidak keterlaluan jika dikatakan kebanyakkan teater yang dipersembahkan masa ini bukanlah teater yang sebenar. Antara faktornya tidak diarah dan dilakonkan oleh aktivis yang bergelumang dalam teater.
Di luar negara, teater Broadway misalnya dijayakan oleh pelakon teater, bukannya pelakon filem seperti kita. pelakon ini telah boleh menguasai dan 'kenal' fungsi pentas. Di barat pelakon teater jadi pelakon filem, tetapi tidak ada pelakon filem jadi pelakon teater kecuali berasal dari teater.

Teater dan filem sebenarnya mempunyai displin yang cukup berbeza. ini kerana teater bukan sekadar berlakon tetapi pengawalan suara, gerak dan kemampuan improvisasi di pentas.

Teater kita mati apabila pelakon filem begitu bebas membuat 'cat walk' di pentas, pelakon teater terus tersingkir. Penonton hanya menonton 'cat walk' bukan lakonan. Bermula dari pengarah sehingga pelakon semuanya adalah dari penggiat filem.

Apa yang terjadi ketika era 70-an dan 80-an dahulu sudah terbalik. Ketika itu banyak pelakon bermula dengan teater kemudiannya melangkah ke filem atau drama televisyen, contohnya Rahim Razali, Khalid Salleh, Eman Manan, Liza Osman, Wan Maimunah, Jalil Hamid dan Ahmad tarmimi Saregar.

Kebanyakkan teater ketika ini menggunakan kaedah menjual pelakon untuk menarik penonton tetapi tidak menjual kualiti lakon. Kerana itu tidak hairanlah pelakon teater sudah tidak ada tempat di pentas. Pihak yang diberikan amanah membangunkan teater tidak berbuat apa-apa dan wajarlah teater kita telah mati.

Ke mana hendak dituju graduan bidang teater apa bila pentas dikuasai oleh artis dari filem? Graduan ini terlatih tetapi tidak terlatih mendapat tempat seterusnya memberikan hasil yang murahan.

Kalau kita menoleh kemeriahan teater tahun 1970-an hingga 1980-an, Kuala Lumpur adalah pusat kegemilangannya. Pelakon teater ketika itu tidak digula-gulakan bayaran ribuan ringgit seperti yang diberikan kepada artis yang berlakon di Istana Budaya. Upah mereka hanya nasi bungkus dan air sirap, tetapi komitmen cukup tinggi.

Di negara ini, kalau hendak jadi kaya, jangan berlakon teater. Aktivis teater relistik keadaan ini. Tetapi bila ada pihak mahu mengubah kedudukan teater, yang teranjak hanya bayaran kepada artis, bukan kualiti teater. Pementasan teater menjadi semakin buruk dan era emas teater moden Malaysia sudah jauh di lipatan sejarah. Kuala Lumpur sudah tidak ada pementasan teater seperti dulu.

P/S : Minum susu tepung seumur hidup, manakan pernah merasai susu lembu asli.... hihihi... ;-)

7 comments:

  1. Jom kita saling berkongsi dan saling memberi pendapat.... ;-)

    ReplyDelete
  2. Teater tetap teater walaupun ianya bukan pelakon teater..kembali ke definisi teater itu yg menyatakan bahawa teater ini perlu ada semacam 3 aspek utama iaitu ruang,pelaku dan pemerhati..maafkan saya jika ianya salah..bg saya dengan adanya pelakon2 yg bintang ini akan menambahkan lagi sengitnya teater2 yg diusahakan oleh penggiat teater ini..inilah cabaran kita bgaimana hendak menarik audien untuk menyaksikan persembhan yg tiada artis bintang. Jika perasaan tertindas itu tidak ada saya merasakan teater kita tak akan berkembang dan tak akan pesat seperti sekarang. Ya,saya berkata seperti sekarang kerana merasakan yang teater altenatif atau teater kecil pesat dibangun dan dipersembhkan hampir setiap minggu di sekitar Kuala Lumpur. Oleh yang demikian saya merasakan artikel ini hanya pandangan dangkal yang ditulis hanya main agak2 oleh penulis berdasarkan pengalaman beliau sewaktu sekolah kerana contoh yang diberikan sangat lama yang menunjukkan bahawa beliau tidak terdedah dengan meliu keadaan sekarang.sekian..
    Ps:maafkan kalau ada salah silap saya ya..sekadar memberikan pendapat..

    ReplyDelete
  3. Saya sokong dgn abg usop.... agak keterlaluan jika menyatakan teater sudah mati... hahahaha... mungkin dia terlalu lama tak mendedahkan diri dengan perkembangan teater2 kecil dan alternatif.. maka dia katakan teater sudah mati... ada beberapa perkara yg betul dinyatakan dan ada juga banyak yang kurang tepat (main teka ja kot). namun terima kaseh juga kepada penulis rasdan, kerana dengan tulisannya dapat membuatkan kesedaran kepada penggiat teater #BANGKIT dari 'koma' atau 'mati' yg dikarangnya... ;-)

    ReplyDelete
  4. Penulis artikel ini mempersembahkan ideanya dalam cara yang sangat buruk. Tak salah nak menulis tapi suruh dia baca banyak lagi dan ikut perkembangan. Jangan duduk kat tepi kafe IB dan dengar cerita orang lepas tu menulis kat suratkhabar. Bukan teater yang dah mati tapi journalis yang dah mati.

    ReplyDelete
  5. hahahaha!!! Kita harap, kak lenny menjadi journalis teater bila balik dari perantauan.... mem#BANGKITkan lagi industri kesenian Teater kita... yeay!!

    ReplyDelete
  6. bukan abg usop... tapi azrul... hahahahaha!!!

    ReplyDelete