TEAM RS

Orang-orang kuat REVOLUTION STAGE (RS) terdiri daripada graduan-graduan ipt tempatan dari pelbagai bidang dan pengkhususan, yang mana sangat meminati bidang kesenian. Mereka adalah Khairunazwan Rodzy sebagai Pengarah Artistik dan Pengarah Kewangan, Sherry Abdullah sebagai Pengarah Sumber Manusia dan Pengurus Projek, Adam Arshad dan Nik Afiq sebagai Pengarah Pentadbiran dan Pemasaran dan Omar Yunus sebagai Pengarah Operasi.

Kelima-lima anak muda ini adalah tulang belakang RS bagi menggerakkan semua projek RS dengan jayanya. Mereka ini digelar sebagai Team RS – Team Management. Sementara itu Geng Kental RS terdiri daripada Kirin Muhammad, Mustaqim Tony, Ghadafi Meliki, Kezor Nordin, Pok Cek, Marcel, Aiman, Chriss Daniel, Azrul Azizi, Siti Fatimah dan Topex Ofiq. Mereka semua adalah di bawah Bahagian Kreatif dan Teknikal.

Selain daripada itu, 'Geng RS' yang turut menjadi tulang belakang yang sangat kuat kepada gerakkan RS adalah seluruh graduan seni persembahan, penggiat-penggiat seni persembahan dan peminat-peminat seni persembahan yang sentiasa mahu bekerjasama dengan RS bagi menghasilkan karya serta memperjuangkan seni dan kesenian ke arah CINTA, Kaseh dan Sayang.

Insyaallah. Mudah-mudahan Allah setuju. Alhamduillah.